Wednesday, June 24, 2009

Produk Slimming





Bagaimana membeli produk langsing di Malaysia

Dewasa ini berbagai-bagai jenis produk slimming ditawarkan dipasaran kita di Malaysia. Ini termasuklah produk-produk yang dihasilkan oleh syarikat tempatan dan juga luar negara. Tetapi, adakah anda tahu bagaimana untuk memilih produk yang terbaik untuk diri anda?
Persoalan ini sangat penting untuk kita tahu akan jawapannya agar anda tidak;

(1) Tersalah pilih
(2) Terbeli produk palsu
(3) Ditipu dengan harga produk sehingga terbayar lebih dari sepatutnya
(4) Mengancam nyawa sendiri
(5) Dan sebagainya

Sebelum itu, anda perlu tahu dahulu bagaimana cara terbaik untuk turunkan berat badan dan bagaimana badan kita berfungsi untuk tujuan penurunan berat badan.

Kegemukan adalah disebabkan oleh pengumpulan kalori dalam sel lemak dalam kuantiti yang banyak sehingga menyebabkan saiz sel lemak dalam badan kita menjadi besar. Pembesaran sel lemak inilah yang menyebabkan badan kita juga membesar dibahagian-bahagian tertentu seperti perut, peha, lengan dan dada.

Dari mana pula datangnya kalori tersebut di atas?

Kalori ini datangnya daripada makanan dan minuman yang kita makan atau minum yang tidak habis dibakar oleh badan kita.

Sekarang, bagaimana pula untuk kita bakar kalori berlebihan ini supaya sel lemak kita mengecil semula? Untuk pengetahuan tambahan, berikut adalah beberapa fakta yang harus anda ketahui;
(1) Bilangan sel lemak individu Asia adalah lebih kurang sama kuantitinya
(2) Kalori yang dibakar akan menjadi haba
(3) Sel lemak tidak boleh dikeluarkan dari badan melalui perkumbuhan (air besar)

Baiklah, sekarang kita sentuh pula cara bagaimana untuk kita bakar kalori di dalam sel lemak ini. Caranya amat mudah dan hanya ada satu sahaja cara yang selamat dan dilakukan secara semulajadi.

Caranya: Kita perlu hasilkan keadaan dimana kalori yang kita makan/minum kurang daripada kalori yang badan kita mampu bakar.

Kalori yang badan mampu bakar: Metabolisma + Pergerakan Badan (senaman & sebagainya)

Untuk kurangkan 1 kilogram berat badan, kita perlu bakar lebih kurang 8000 kalori. Begitu juga sebaliknya, kita perlukan 8000 kalori untuk naikkan berat badan sebanyak 1 kilogram.
*8000 kalori = 8 pinggan hidangan nasi berlauk dan bersayur di Malaysia

Jadi sekarang kita sudah tahu bagaimana untuk turunkan berat badan dengan cara yang betul. Jadi kita gunakan pengetahuan ini untuk dijadikan tanda aras atau asas untuk kita memilih produk pelangsingan yang terbaik untuk diri kita sendiri.

Ciri-ciri produk terbabit mestilah;

(1) Produk slimming yang boleh menganti makanan seharian kita
(2) Kiraan kalori sekali hidangan adalah kurang daripada 300 kalori.
(3) Kandungan zat makanan untuk hidangan produk seharian mestilah cukup dan seimbang untuk badan
(4) Rasanya produk enak dan tidak membebankan untuk kita minum/makan.

Ciri-ciri program atau aturan seharian mestilah;
(1) Tidak membebankan masa
(2) Tidak perlu untuk kita selalu ke tandas
(3) Kehidupan boleh dilalui seperti biasa tanpa perlu ubah jadual harian
(4) Masih boleh makan makanan yang kita selalu makan
(5) Mempunyai individu yang sentiasa boleh dihubungi untuk mendapatkan produk dan juga khidmat nasihat/sokongan

Ciri-ciri syarikat pengeluar pula mestilah;
(1) Mempunyai pelanggan yang telah berpuas hati paling kurang 1000 orang
(2) Syarikat telah mengeluarkan produk selama paling kurang 5 tahun
(3) Diberikan kelulusan dari Kementerian Kesihatan
(4) Mempunyai reputasi yang bersih dari segi kewangan dan asas penubuhan syarikat
(5) Mempunyai fasiliti atau kemudahan sains dan kajian yang menyeluruh
(6) Mempunyai badan kedoktoran yang kredibiliti ahlinya yang terbukti terkenal

Jika anda ingin membeli produk secara online atau membeli dari internet, anda perlu pastikan beberapa perkara seperti;

(1) Biasanya laman web bayaran kad kredit bermula dengan https://
(2) Telefonlah penjual untuk pastikan kewujudan mereka
(3) Minta brosur secara pos untuk pastikan kewujudan mereka
(4) Cuba telefon 2-3 kali pada waktu yang berlainan untuk kita ketahui tahap keberkesanan perkhidmatan pelanggan mereka
(5) Lihat testimoni-testimoni sedia ada mereka dan pastikan testimoni tersebut sentiasa diperbaharui dan ini menunjukkan mereka sentiasa berkembang.
(6) Pastikan penjual menulis alamat, no telefon dan fax sekiranya ada dan cuba hubungi kesemua nombor yang mereka tuliskan.

Apa-apapun, menurunkan berat badan memerlukan disiplin dan tekad yang tinggi kerana lebih mudah untuk kita memilih untuk menjadi gemuk daripada menjadi langsing dan sihat.

Namun begitu, memilih ubat yang salah tidak akan menyembuhkan penyakit yang dihidapi. Memilih penyelesaian yang salah tidak akan menyelesaikan masalah. Memilih jalan yang salah tidak akan membawa ke tempat yang kita ingin tujui.

Produk Slimming
Web: www.cyberslimcenter.com
Email: support@cyberslimcenter.com

Tel: 012-2997309 / 012-251-7309 / 03-8962 8937
Fax: 03-8962 1977

No comments:

Post a Comment