Sunday, June 28, 2009

Produk Herbalife Online di Malaysia


Abdul Rashid Specialist Produk Slimming


Perniagaan online di Malaysia tidak lagi sehebat di negara-negara maju seperti di Amerika ataupun Jepun. Namun begitu, telah ada beberapa individu dan syarikat yang berjaya membentuk tapak dan asas yang agak kukuh di alam maya atau online ini.
Kali ini, kita berpeluang untuk mengetahui dengan mendalam seorang lagi individu yang berjaya membentuk syarikatnya sendiri berasaskan perniagaan online.

Beliau bukan sahaja berjaya membentuk ekonomi kepada diri dan keluarganya, malah telah memberikan peluang kepada individu lain untuk menikmati kemudahan yang sama.
Beliau yang berumur 32 tahun sekarang ialah Abdul Rashid Bin Abdul Manaf yang berasal dari Triang, Pahang. Berpendidikan Diploma Kejuruteraan Mekanikal dari Suzuka National College of Technology, Japan.

Sebelum menceburi bidang perniagaan internet atau online, Abdul Rashid telah bekerja di 3 syarikat Jepun. Syarikat pertama beliau adalah di negara matahari terbit tersebut dan memegang jawatan jurutera R&D. Dedikasi yang diberikan terhadap syarikat telah mengangkat beliau menjadi pekerja contoh pada tahun kedua beliau berkhidmat.

Beliau yang fasih berbahasa Ingerris dan bahasa Jepun telah memberikan kelebihan kepada beliau untuk terus maju dalam bidang kejuruteraan. Syarikat kedua dan ketiga yang beliau sertai juga mengiktiraf beliau sebagai pekerja yang berdedikasi tinggi dan mempunyai tahap disiplin yang luar biasa hasil didikan keluarga dan sifat bertanggungjawab yang beliau tanamkan dari kecil lagi. Berbekalkan minat perniagaan yang kental, beliau telah menghadiri berbagai kursus dan menerima tunjuk ajar daripada beberapa individu yang berkaliber didalam bidang perniagaan termasuklah pendidik daripada Amerika yang membuka mata beliau tentang potensi perniagaan internet.

Beliau menemui satu syarikat pembekal produk pelangsingan yang memberikan margin keuntungan yang sangat tinggi dan beliau tidak melengahkan masa untuk mencuba sendiri produk slimming daripada syarikat tersebut. Berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 15kg dalam hanya dua bulan setengah, beliau tekad untuk membawa produk tersebut ke pasaran Malaysia dengan lebih meluas. Beliau yang percaya bahawa produk sahaja tanpa khidmat nasihat terus dari pakar tidak akan memberikan hasil maksimum kepada pelanggan, beliau telah menubuhkan CSC Healthcare Enterprise pada tahun 2006 lengkap dengan latihan khidmat pelanggan yang beliau rangka sendiri.

Pada peringkat permulaan, beliau juga aktif menawarkan produk dan perkhidmatannya kepada pelanggan sekeliling tempat kediaman beliau iaitu di Serdang, Seri Kembangan, Bandar Tun Hussein Onn dan Bandar Baru Bangi. Pada masa ini, beliau masih lagi memegang jawatan eksekutif di sebuah syarikat pengeluar komponen elektrik dan elektronik terbesar di dunia. Gigih memperkembangkan perniagaannya dan bilangan pelanggan yang semakin meningkat, beliau mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan secara sepenuh masa pada Febuari 2007.

Bermula dari tahun 2007 inilah, anak ke Sembilan dari 10 adik beradik mula mengorak langkah dalam perniagaan internet. Pejabatnya adalah di dalam salah sebuah bilik di rumahnya, lengkap dengan mesin fax, komputer, telefon dan stok barangan yang sentiasa cukup untuk pelanggannya. Prinsip khidmat pelanggan menyeluruh yang beliau terapkan, adalah salah satu kunci utama kenapa beliau amat berjaya dalam perniagaan ini. Selain itu, produk yang beliau niagakan, adalah sangat berkesan dengan rekod selama hampir 30 tahun dan diniagakan di 71 negara sekarang.

Pada tahun 2008, beliau memberikan peluang kepada individu bumiputera yang lain untuk berkongsi bersama sistem yang telah beliau bangunkan. Beliau memberikan keistimewaan melalui latihan one to one coaching kepada semua individu yang ingin berniaga seperti beliau sehingga mereka boleh berdiri di atas kaki sendiri.
Ditanya kepada beliau yang pernah gambar dan ceritanya disiarkan di Majalah Nona, adakah semua orang akan berjaya? Beliau menjawab bahawa, semua akan berjaya jika mereka berusaha dan sentiasa ingin belajar serta memajukan diri.

Lagipun rezeki dibidang perniagaan adalah 9 kali lebih luas daripada rezeki bekerja makan gaji.Beliau boleh dihubungi melalui laman web beliau di www.cyberslimcenter.com atau terus kepada nombor telefon syarikat beliau di 03-8961 8937 atau 012-2997309 atau di 012-2517309. Abdul Rashid yang mempunyai personaliti pendiam jika tidak kenal, tetapi ramah selepas mengenali amat berbesar hati untuk membantu individu bumiputera yang benar-benar ingin berjaya.

No comments:

Post a Comment